Monday 4 April 2011

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Tahniah buat semua pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 semalam. Shaheizy Sam dinobatkan sebagai bintang paling popular bagi tahun 2010. Congrats to him as kemenangan beliau mmg telah dijangka awal2 lagi. Tahniah juga buat Lisa Surihani atas kemenangan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik. Persembahan malam semalam juga tak kurang hebat bila ramai artis2 hebat membuat persembahan seperti Anuar Zain yg menyampaikan lagu Sedetik Lebih, Ella berduet dgn Alyah dan Shima (bintang idola BH) , Dato Siti Nurhaliza, Meet Uncle Hussein, Hujan, Yuna, Ana Raffali dan Altimet, NAJAZ (Nabil,Along,Johan,Angah,Zizan) dan ditambah dgn kecelotehan pengacara Sharifah Shahira, Raja Azura dan Zizan mmg btl2 merancakkan majlis yg berlangsung di Arena Of Stars Genting Highlands. Kehadiran Usop Wilcha dan Johan di saat2 akhir majlis mmg mengamatkan suasana disebalik debaran mengetahui siapakah bakal menjadi Bintang Paling Popular 2010 dan membawa pulang Nissan Teana 2.0L..

Disebalik kemeriahan acara gilang gemilang itu semalam, satu perkara yg amat ketara. Kemenangan Ana Raffali sebagai artis baru wanita popular tidak mendapat sorakan dr penonton yg hadir dan seperti malam AJL yg lalu, kedengaran suara2 sumbang yg tidak berpuas hati. Secara jujur, im not her fans too. Pd saya dia seperti berlagak diva dan sombong. Ramai teman2 sekeliling yg setuju dgn pendapat sy. Ya, mmg dia mempunyai bakat nyanyian yg sgt baik namun jika sikapnye yg mengundang benci di hati pendengar ikhlas sy katakan yg dia mungkin susah untuk pergi jauh dalam industri seni tanah air kita ni. So, pd Ana Raffali, be urself ... Dan kemenangan Faizal Tahir sebagai penyanyi lelaki terbaik mungkin bukan pilihan sy kerana sy lebih mengkagumi Aizat Amdan yg pd sy seorang artis berbakat besar. Wutever it is, kemenangan semalam adalah atas undian para peminat sepenuhnya dan sy tidak ada hak untuk mengkritik . Chill !

Tahniah sekali lagi buat semua pemenang ABPBH 2010 :))

0 comments:

Post a Comment

 
Blog Template by Delicious Design Studio